/*

.::abdullah_azZam::.
 
Photobucket
 
Click for Kota Bharu, Malaysia Forecast
 
Click for Cairo, Egypt Forecast


May 16, 2009
SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

TERIMA KASIH MENDIDIK DAKU



Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

Posted at 11:18 am by abdullah_azzam
Comments (3)  




May 10, 2009
Selamat Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU

TERIMA KASIH SEGALANYA



SELAMAT HARI IBU

Posted at 11:17 am by abdullah_azzam
Comment (1)  




May 2, 2009
AL-FATIHAH

6 Jamadil Akhir 1430h
 
Detik 7.07 am aku ralit mendengar Kuliah subuh oleh Us Wan Roslan tiba-tiba hp aku bergetar di atas meja. Aku capai hp dan membuka SMS yang sampai dari adikku.

" Call " hanya satu patah perkataan itu sahaja. "Jimat kredit lah tu" rungut ku. Dalam kemalasan aku membalas mesej tersebut.

" Nati long call smeta lagi "

Jam 7.26 adik aku telefon. Kenapa macam bersungguh benar adik ingin sampaikan. Aku angkat hp dan tekan butan hujan. Sambil berbisik aku mangjawab panggilan. "Adi sebelah rumah meniggal?" jerit adik dicorong telefon. Aku terkedu sebentar. Butir patah perkataan yang disampaikan oleh adikku seterusnya aku tidak kedengaran, apatah lagi ceramah di depan. Aku sebak.

" Je... oh ... je" Jerit satu suara dari depan rumah.
" Tunggu sekejap!!! aku nak pakai baju dulu " Jawabku


Posted at 10:39 am by abdullah_azzam
Comment (1)  




Apr 19, 2009
Mukhayyam Qurani 2009

Hari Pertama 23 Rabiul Akhir 1430 / 19 April 2009

Setelah solat subuh dan baca surah yasin, pelajar MTAQA mula bersiap memulakan misi hari ini. Mukhayyam Qurani 2009

7.30 am :

Semua pelajar telah berkumpul dihadapan sekolah mengikut kumpulan. Mengambil setiap barang-barang yang dikhususkan untuk kumpulan masing-masing. Walaubagaimana pun masih ada yang terkejar kesana kemari kerana tertinggal sesuatu. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Aku tahu meraka terpaksa. Kalau lewat atau tertinggal apa-apa, pasti mereka akan dimarahi dan di denda. Aku masih menyiapkan beberapa tugasan yang masih berbaki untuk disiapkan.

8.00 am :

Tiga buah bas tiba berhampiran pintu masuk MTAQA. Selang beberpa minit kemudian pelajar diarahkan memasukkan barang-barang ke perut bas.Aku masih dengan kerjaku yang masih belum siap. Aku sekadar mengintai melalui tingkap cermin. Aku akan membuntuti pergi dengan kereta memandangkan aku terpaksa mencari beberapa peralatan yang belum ada.

8.30 am :

Bas mula bergerak.

9.30 am :

Baru aku bertolak menuju Kem Jeram Mengaji, Selising. Pertengahan jalan aku berhenti beberapa tempat menyelesaikan beberapa perkara.

12.00 pm :

Aku tiba di Kem Jeram Mengaji (KJM). Khemah siap terpasang. Tunggu makan atau mandi sahaja. Selepas parking kerata cute aku di satu sudut yang redup, aku menghampiri khemah urus setia.

" Mana airnya? " tanya encik Azri.

" Tu..." Jawabku sambil menjuih mulut kearah air mineral di bawah khemah urus setia. Aku tersengih.

"Bukan laa... air batu!!! dahaga bangat ni... letih pasang khemah". Balasnya lagi. Aku tersengih lagi. Aku sengaja nak menyakatnya tadi. Aku mula memusingkan badan menuju ke bonet kereta. Sebenarnya aku telah membelinya dalam perjalanan tadi, cuma lupa nak bawa turun.

Beberapa detik kemudian pelajar dibenarkan mandi dahulu sebelum makan. Apa lagi, gembira bangat budak-budak tu. Aku bersama-sama saing-saing mengikuti mereka dengan niat untuk mengawasi sahaja.

"Ceteknya air" laung serorang pelajar. " Biasalah!!! selamat untuk kanak-kanak pelajar tingkatan satu hingga tiga ". Jelas Encik Abdul Aziz. " Sebab tu suruh Encik Imad turun duhulu " Seloroh encik Hasyimi pula dituju kepada Encik Imad yang berbadan sedikit besar dan gempal. Hilai tawa kedengeran dari beberapa sudut, guru dan pelajar. Kemesraan antara kami yang berada di bawah satu bumbung jelas kelihatan. Tiada yang terasa hati dengan sedikit gurauan kemesraan. Aku hanya tersenyum. Aku mengorak langkah menongkah arus alur air lata. kelihatan pelabagai ragam pelajar mandi dengan air yang cetek. Aku tidak mandi memandangkan aku baru sampai dan badan terasa masih panas.

" Jangan mandi lagi!!! tunggu tubuh sejuk dulu " Laung ayahku. Kakiku terhenti. Sungai di depanku hannya 30 meter sahaja lagi. Aku memusingkan badan pulang ke bangsal semula.

Aku teringat masa kecilku...


Photobucket

Posted at 03:39 pm by abdullah_azzam
Comment (1)  




Jan 27, 2009
surooo!!!!

25 Januari 2009

Lama banar rasanya tidak merasai acara gotong royong membuat bubur asyura. Tapi hari ini semua kakitangan dan pelajar MTAQABC sudah merancang beberapa minggu lalu untuk mengadakannya pada hari ini. Memoriku terimbas kembali kali terakhir aku mengacau bubur ini ketika masih belajar sekolah menengah enam tujuh tahun lalu. Indah rasanya.

Aku tiba jam 7.45 pagi di perkarangan sekolah. Api sudah dihidupkan dan beras juga sudah berada didalam kawah. Beberapa orang pelajar berebut-rebut untuk mengacaunya. Permulaan biasalah, tengok lah petang nanti ada lah yang pandai curi tulang. Khayalku mengingatkan kisah di MTQAPC dulu.




malasnya...... suro ada lagi tersimpan didalam peti.... nak mari laa

Posted at 12:23 pm by abdullah_azzam
Comment (1)  




Aug 31, 2008
RAMADHAN 1429

Ramadhan 1429 membuka tirai
Alhamdulillah...

Tirai baru permulaan
Makmum anak didik
Tazkirah ala mengempet
Jadi pilihan.

Ramadhan Karim.
Rindu mendengar lafaz itu
Indahnya mengingatkan memori lalu






...................................................................mengarut dimalam-malam hari Big Smile

Posted at 07:34 pm by abdullah_azzam
Make a comment  

Mardeka

Alhamdulillah
Syukur ku lafazkan
Anugerah Mardeka
51 tahun lalu


Bangga
Banyak perubahan
Berjaya menigkatkan martabat bangsa
Berjaya meniru budaya barat
Segala-galanya berjaya

Perpaduan teras kejayaan
Salam Mardeka 51


Posted at 07:26 pm by abdullah_azzam
Make a comment  




Jul 23, 2008
Dua Hari Di Terengganu

Dua Hari Di Terengganu

17 Julai 2008

Bertuah juga rasanya aku terpilih sebagai pengiring Lawatan ke Terengganu. Lawatan ini dikhaskan untuk semua pelajar yang mengikuti Munajat Perdana di stadium Sultan Muhammad iv. Nama aku sebenarnya tidak tersenai memandangkan ketika kertas kerja disiapkan aku masih diperantaun. Beberapa orang guru lain terpaksa menarik diri disaat-saat akhir, jadi aku merupakan salah seorang penggantinya. Sebelum ini, ada diantara pelajar yang akan mengikuti lawatan ini memujuk aku supaya menjadi pengiring mereka. Saya tidak dapat menyertainya memandangkan nama saya tiada dalam kertas kerja lawatan tersebut. Mudah jawapanku.


Bertolak sepatutnya pukul 7.45 pagi, namun sedikit masalah dari pengangkutan menyebabkan kami bertolak setengah jam lewat. Destinasi pertama kami, pastinya Rumah tuan Pengetua yang berada di Beris. Sebelum bertolak sarapan pagi dibahagi-bahagikan kepada semua pelajar. Dengan iringan doa permusafiran kami bermula. Keceriaan setiap pelajar terserlah melalui wajah masing-masing. Masakan tidak, selepas sesi pengajian pertengahan jun bermula, inilah kali pertama mereka dibawa keluar merentasi sempadan sekolah. Selain hari jumaat yang terpaksa sembahyang di Masjid Pasir Mbeas atau Masjid Lubuk Chekok. Tambah pula, keluar kali ini lebih santai sambil tenangkan fikiran. Apa yang lebih teruja rasanya dapat melawat negeri Hadhari tanpa yuran penyertaan. Semuanya ditaja.


Aku memilih untuk berada di tempat duduk belakang bersama para pelajar. Bagiku yang masih mentah dalam menggali erti seorang pendidik rasanya elok untuk mendekati pelajar dengan cara bersama kelompok meraka. Bagiku pelajar yang mungkin dikatakan mempunyai masalah disekolah perlu didekati. Bukannya menjauhi mereka dan menggunakan kekerasan dalam menghukum. Kekadang kita perlu juga mendengar luahan perasan mereka. Ini tidak, kadang-kadang perasaan mereka dibiarkan bercelaru dan ditekan dengan pelbagai hukuman yang pastinya menambahkan lagi kecelaruan identiti personaliti meraka. Betul ke pandangan ku ini? aku akan cuba dengan kajian ku ini. Selain pengalaman mereka yang makan garam dahulu tidak akan diketepikan. Namun aku tidak menolak kekerasan perlu dalam mendidik mereka. Tapi bagiku kekerasan dan paksaan perlu disulami dengan kelembutan dan tetapi penuh hikmah. Ini bermakna jika sudah ada guru yang tegas, perlu ada guru yang sedikit berlembut dengan pelajar. Jauh aku bermonolok sendirian.


Kecerian dan hilai tawa yang sederhana kedengaran di bahagian depan bas. Di sekitarku juga tidak terkecuali. Namun mereka masih menjaga adab-adab mereka sebagai seorang pelajar. Sekadar menceriakan suasana. Mulanya perjalanan ini terasa bosannya. Tetapi beberapa ketika kemudian pelajar mula berborak dengan ku Aku yang sememangnya suka berbual-bual mula melayan persoalan dan pertanyaan mereka.


Kami melalui jalan persisiran pantai untuk ke Kuala Terengganu. Bermula dari Bachok, Tok Bali seterusnya masuk ke Terengganu melalui Kuala Besut. Perjalanan persisiran pantai terengganu semenanganya indah. Namun aku tidak tahan menahan kantukku. Kadang-kadang aku terlelap dalam lilauan mataku. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Mu di negaraku. Sebelum ini aku pernah ke Terengganu. Pertama ke Tasik Kenyir tahun 1996. Kali kedua rombongan Badan Dakwah MTAQ PC tahun 1998 kalau tidak silap ingatanku.

Perlahan rasanya pergerakan bas persiaran . Aku mula rasa rimas. Terasa bahang menyengat dalam desiran pendingin hawa yang suram bertiup perlahan. Bila terasa bosan kadang-kadang aku terlelap. Namun tidak lama kadang-kadang aku terjaga dengan hawa didalam bas yang semakin terasa panasnya.

Jam 12.45 tengah hari, rombongan kami sampai di distinasi pertama, Institut Al-Quran Terengganu (IQT). Mata mula melilau melihat prasarana bangunan dan persekitaran IQT. Bangunan pentadbiran, masjid dan beberapa bangunan yang baru siap dibina tahun lepas. Masih baru, tetapi masih ada bangunan lama yang dijadikan kelas pengajian. Pastinya mengagumkan semua pelajarku yang mula membandingkan dengan sekolah kami. Juah benar bezanya. InsyaAllah prasarana MTAQA juga akan bertambah untuk menampung pelajar yang semakin bertambah. Teringat semasa aku mula menjejakkan kaki ke MTAQ PC tahun 2005. Ketika itu sudah mempunyai 4 bangunan, satu blok sekolah dan pentadbiran, dua blok asrama dan maktabah serta asrama namun jalan masih tidak berturap. Tapi ketika aku daftar untuk sesi pengajian 2005/2006 jalan itu sudah berturap. Biasalah sekolah bawah kerajaan negeri. Bukannya sekolah kerajaan pusat yang mementingkan prasarana yang keterlaluan tetapi untuk meningkatkan taraf keilmuan jauh sekali.

Kami disambut dengan penuh mesra dan ramah. Seterusnya dibawa melawat sekitar IQT sebelum memasuki Dewan Ibnu Mas'ud untuk sesi ramah mesra. Sesi ramah mesra berjalan kaku. Terasa sedikit kemeriahan disebalik kesuraman pengerusi dan alu-aluan daripada timbalan pengarah. Mungkin rasanya penerangan tentang IQT yang tidak mencapai apa yang di kehendaki. Hanya satu soalan yang ditanya oleh pelajar Ahmad Syahir Zulkarnain. Selesai majlis rasmi ramah mesra kami dihidangkan makanan tengah hari. Nasi ayam terengganu. Boleh tahan.

"Macam mana nasi tadi?" Aku bertanya salah seorang pelajar.

"Sedap sungguh"

"Lebih sedap dari nasi mokku su(kantin sekolah), ustaz" Sampuk pelajarku yang lain sambil ketawa. Pelajar lain disekelilingku mula tersenyum. Aku juga menguntum senyuman memahami maksud mereka.

Selepas solat jama' gasar zohor dan asar, kami bertolak meninggalkan perkarangan IQT menuju ke Taman Tamadun Islam. Sampai tepat jam 2.45. Masa diperuntukkan hanya satu jam memandangkan kami perlu berada di Darul Quran selepas solat asar.


Posted at 07:33 pm by abdullah_azzam
Make a comment  




Jun 24, 2008
JUBLI PERAK

Alhamdulillah... syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih masih memberi pinjam kepada ku nafas dan semua nikmatNYa sehingga genap 25 tahun.

Usia diperingkat dewasa ini banyak mengajar erti kehidupan dan cabarannya. Cabaran terasa baru bermula tapi hakikatnya sudah menjangkau jubli perak.

Tarikh lahirku kali ini disambut di negeri yang bertuan ini, Kelantan. Walaupun aku tidak berada di rumah hari ini, namun sms dan telefon dari adik-adikku yang berada di rumah Kemahang, Nilam Puri, Bangi dan Kota Kinabalu tidak putus-putus sejah tengah malam lagi. Macam biasa selain ucapan dan doa, minta untuk belanja  hari jumaat ini juga tidak terkecuali. Adus... gaji belum masuk, nak belanja macam mana. Nilah orang kata, sudah bekerja tetapi masih minta belas ehsan dari orang tua. Malu juga.

Lima tahun sebelum ini aku menyambutnya di perantauan. Selalunya disana aku belaja kawan-kawan je. Tu pun jika baget mencukupi. Kalau tidak, kek sebiji sahaja. Seingat aku sememngnya tak boleh nak mengelak dengan semua teman-teman atau adik-adik disana. Mereka sememangnya mengingati tarikh lahirku. Terima kasih semua sahabat, suka duka dikongsi bersama. Walaupun sekadar kek buat halawa, mereka menerimanya. Paham benar keadaan di perantauan tanpa biasiswa atau pinjaman. Hanya sekadar tanggungan penuh ibu bapa.

Pagi tadi aku menyambung semula tugas ku yang ditangguhkan hampir tiga bulan. Terasa seronok juga menunaikan amanah ini walaupun ianya berat. Aku berjanji dengan mereka untuk kembali selepas selesai tugasku di sana. Alhamdulillah. Terasa janji ini tertunai. Namun aku tidak letakkan di kelas yang dulu, walaupun ada antara mereka meminta aku supaya berada di kelompok mereka. Aku akur di mana sahaja posisiku, asalkan aku berada dibumi pertama aku belajar menjalankan tugas ini. Terasa tenang berada di ruangan lingkungan bumi yang tidak seluas mana ini. sekadar sekangkang kera mungkin. Namun suka rasanya berada di sini.


Selamat Hari Lahir


Posted at 07:34 pm by abdullah_azzam
Make a comment  




Jun 23, 2008
4 hari dibumi Malaysia

Alhamdulillah hari ini masuk hari keempat aku berada di bumi Kelantan yang amat bertuah ini. Hari ke 5 aku berada dibumi minyak naik. Egyptair mendarat tepat jam 1026 malam di KLIA. Penerbangan MAS terakhir ke Kelantan pula tepat jam 1020 malam. Nampaknya kena bermalam di KLIA aku malam ni.

Aku orang terakhir keluar dari perut kapal terbang, memandangkan aku nak masukkan selimut dan angkat bagasi yang berat dalam 15 kilogram dari atas penyimpanan. Aku kejar abe Ros tapi tak sempat. Entah kemana lah dio tu. Terjumpa dengan budak baru setahun di Mesir. Namanya tak berapa ingat. Berbual-bual sekejap denganya, lepas tu dia entah kemana.

Aku terus mencari musalla di tingkat 5 sambil mata melilau mencari abe Ros. Juga aku melilau-lilau melihat suasana di KLIA yang masih sibuk waktu menghampiri tengah malam begini. Mungkin juga di tingkat tiga sahaja yang menempatkan balai ketibaan. Tanganku masih memegang talifon bimbit sambil berbual dengan adik ku yang bertugas di Sabah. Aku menaiki lif dari tingkat tiga ke tingkat lima bangunan KLIA.

Betul jangkaanku. Tingkat lima tidaklah sesibuk mana dan orang tidaklah ramai. Aku keluar dari lif menuju musalla yang biasa aku berehat disana. Sebelum berlepas ke Cairo atau ketika menunggu penerbangan ke Kota Bharu. Waktu begini di kaunter daftar masuk tidaklah sesibuk mana. Ramai juga pelancong asing yang menunggu daftar masuk bersama bagasi yang besar. Pun begitu kaunter belum dibuka. Aku menghayunkan kaki menuju musalla.

Dari jauh aku melihat susuk tubuh yang serasanya aku kenal. Ya abe Ros. Abang Ros berada di depan musalla termenung keseorangan. Berdekatan dengannya kelihatan sekelompok akhawat yang sepenebangan denganku. Aku terus menuju kepadanya dengan senyuman yang menguntum.

"Cepatnya keluar dari ketibaan antarabangsa!!!" Aku menjerit.

"Eh...biasalaha" ujar Abe Ros. Wajahnya ceria amat.

"Baru selesai talifon buah hati" ujarnya lagi.

Patut lah aku lihat dia ceria semacam. Dia baru berkahwin tahun lepas seingatku. Isterinya sudah tamat pengajian. Dia pula tahun akhir tahun ni. InsyaAllah Najah. Doaku dalam hati. Lama tidak berbual-bual dengannya. Aku semamangnya mesra dengannya. Kami pernah bersama-sama menjadi kepimpinan persatuan anak kelantan di Mesir selama beberapa tahun. Selepas aku berpindah ke Tanta, kami jarang bertemu.

"Jom makan!!!" ajak Abe Ros. Berbual-bual juga tapi perut juga mesti di isi. Sepanjang penerbangan selama lebih 11 jam dari Cairo -  Bombay - Kuala Lumpur sekali sahaja kami dihidangkan dengan nasi. Itu pun ciput sahaja.

Selepas sejam berlepas dari Cairo, kami dihidangkan sarapan pagi. Sekadar 4 biji kuih sebagai menu utama. Sampingan macam biasa, roti. Kuih entah apa-apa entah. Inti pun keju sedikit masam. Aku telan sahaja sebab ketika itu aku lapar amat. Aku makan tengah hari sahaja ditanta. Malamnya tidak langsung. Penerbanganku pukul 450am waktu Mesir. Bosan juga naik penerbangan Egyptair ni. Skrin persendirian tiada. Hanya skrin umum. Jadi, ikut dioranglah nak siarkan apa-apa pun. Kebanyakan iklan negaranya sahaja. Mesir atau Egypt.

"Hemm" Aku sedikit mengeluh.

Posted at 08:54 pm by abdullah_azzam
Make a comment  




Next Page
 


Pena yang ada...

Image hosted by Photobucket.com

mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujaun mardhatillah
 
Kelantan Malaysia
    Tanta, Garbia

  • lihat...perhati...komen...
  • tegur dengan ikhlas harap perubahan hanya kerana Allah



  •    





     
    << November 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30


    SYAHADAH


    jalan-jalan tafakkur kebesaran Yang Maha Agung


    entah lah dunia ini memang susah untuk ku lalui dan harunginya....memang susah dalam mencari apa yang dikehendaki??? ahhh......aku terpaku keseorangan dalam mengharunginya.....tapi ingat lahhh...Allah yang maha Pangasih akan terus menolong hambanya..................tapi....sedarlah insannnn>

    I'mhttp://azzam.blogdrive.com/" target=_blank> abdullah_azZam
    My Friends' Blog:
    Hakimi(tonto)
    Marzuki
    Hapis Mohd
    Kadaer
    Nazrah
    Amiza Khusyri
    Khazinatul Asrar
    Nick use_ry


    Click for Tanta, Egypt Forecast



    Keredaan-Mu IN-TEAM



     





     
    Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed