/*

JUBLI PERAK « .::abdullah_azZam::.
 
Photobucket
 
Click for Kota Bharu, Malaysia Forecast
 
Click for Cairo, Egypt Forecast


Jun 24, 2008
JUBLI PERAK

Alhamdulillah... syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih masih memberi pinjam kepada ku nafas dan semua nikmatNYa sehingga genap 25 tahun.

Usia diperingkat dewasa ini banyak mengajar erti kehidupan dan cabarannya. Cabaran terasa baru bermula tapi hakikatnya sudah menjangkau jubli perak.

Tarikh lahirku kali ini disambut di negeri yang bertuan ini, Kelantan. Walaupun aku tidak berada di rumah hari ini, namun sms dan telefon dari adik-adikku yang berada di rumah Kemahang, Nilam Puri, Bangi dan Kota Kinabalu tidak putus-putus sejah tengah malam lagi. Macam biasa selain ucapan dan doa, minta untuk belanja  hari jumaat ini juga tidak terkecuali. Adus... gaji belum masuk, nak belanja macam mana. Nilah orang kata, sudah bekerja tetapi masih minta belas ehsan dari orang tua. Malu juga.

Lima tahun sebelum ini aku menyambutnya di perantauan. Selalunya disana aku belaja kawan-kawan je. Tu pun jika baget mencukupi. Kalau tidak, kek sebiji sahaja. Seingat aku sememngnya tak boleh nak mengelak dengan semua teman-teman atau adik-adik disana. Mereka sememangnya mengingati tarikh lahirku. Terima kasih semua sahabat, suka duka dikongsi bersama. Walaupun sekadar kek buat halawa, mereka menerimanya. Paham benar keadaan di perantauan tanpa biasiswa atau pinjaman. Hanya sekadar tanggungan penuh ibu bapa.

Pagi tadi aku menyambung semula tugas ku yang ditangguhkan hampir tiga bulan. Terasa seronok juga menunaikan amanah ini walaupun ianya berat. Aku berjanji dengan mereka untuk kembali selepas selesai tugasku di sana. Alhamdulillah. Terasa janji ini tertunai. Namun aku tidak letakkan di kelas yang dulu, walaupun ada antara mereka meminta aku supaya berada di kelompok mereka. Aku akur di mana sahaja posisiku, asalkan aku berada dibumi pertama aku belajar menjalankan tugas ini. Terasa tenang berada di ruangan lingkungan bumi yang tidak seluas mana ini. sekadar sekangkang kera mungkin. Namun suka rasanya berada di sini.


Selamat Hari Lahir


Posted at 07:34 pm by abdullah_azzam

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
 


Pena yang ada...

Image hosted by Photobucket.com

mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujaun mardhatillah
 
Kelantan Malaysia
    Tanta, Garbia

  • lihat...perhati...komen...
  • tegur dengan ikhlas harap perubahan hanya kerana Allah



  •    





     
    << June 2008 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30


    SYAHADAH


    jalan-jalan tafakkur kebesaran Yang Maha Agung


    entah lah dunia ini memang susah untuk ku lalui dan harunginya....memang susah dalam mencari apa yang dikehendaki??? ahhh......aku terpaku keseorangan dalam mengharunginya.....tapi ingat lahhh...Allah yang maha Pangasih akan terus menolong hambanya..................tapi....sedarlah insannnn>

    I'mhttp://azzam.blogdrive.com/" target=_blank> abdullah_azZam
    My Friends' Blog:
    Hakimi(tonto)
    Marzuki
    Hapis Mohd
    Kadaer
    Nazrah
    Amiza Khusyri
    Khazinatul Asrar
    Nick use_ry


    Click for Tanta, Egypt Forecast



    Keredaan-Mu IN-TEAM



     





     
    Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed