Dua Hari Di Terengganu
17 Julai 2008
Bertuah juga rasanya aku terpilih sebagai pengiring Lawatan ke Terengganu. Lawatan ini dikhaskan untuk semua pelajar yang mengikuti Munajat Perdana di stadium Sultan Muhammad iv. Nama aku sebenarnya tidak tersenai memandangkan ketika kertas kerja disiapkan aku masih diperantaun. Beberapa orang guru lain terpaksa menarik diri disaat-saat akhir, jadi aku merupakan salah seorang penggantinya. Sebelum ini, ada diantara pelajar yang akan mengikuti lawatan ini memujuk aku supaya menjadi pengiring mereka. Saya tidak dapat menyertainya memandangkan nama saya tiada dalam kertas kerja lawatan tersebut. Mudah jawapanku.
Bertolak sepatutnya pukul 7.45 pagi, namun sedikit masalah dari pengangkutan menyebabkan kami bertolak setengah jam lewat. Destinasi pertama kami, pastinya Rumah tuan Pengetua yang berada di Beris. Sebelum bertolak sarapan pagi dibahagi-bahagikan kepada semua pelajar. Dengan iringan doa permusafiran kami bermula. Keceriaan setiap pelajar terserlah melalui wajah masing-masing. Masakan tidak, selepas sesi pengajian pertengahan jun bermula, inilah kali pertama mereka dibawa keluar merentasi sempadan sekolah. Selain hari jumaat yang terpaksa sembahyang di Masjid Pasir Mbeas atau Masjid Lubuk Chekok. Tambah pula, keluar kali ini lebih santai sambil tenangkan fikiran. Apa yang lebih teruja rasanya dapat melawat negeri Hadhari tanpa yuran penyertaan. Semuanya ditaja.
Aku memilih untuk berada di tempat duduk belakang bersama para pelajar. Bagiku yang masih mentah dalam menggali erti seorang pendidik rasanya elok untuk mendekati pelajar dengan cara bersama kelompok meraka. Bagiku pelajar yang mungkin dikatakan mempunyai masalah disekolah perlu didekati. Bukannya menjauhi mereka dan menggunakan kekerasan dalam menghukum. Kekadang kita perlu juga mendengar luahan perasan mereka. Ini tidak, kadang-kadang perasaan mereka dibiarkan bercelaru dan ditekan dengan pelbagai hukuman yang pastinya menambahkan lagi kecelaruan identiti personaliti meraka. Betul ke pandangan ku ini? aku akan cuba dengan kajian ku ini. Selain pengalaman mereka yang makan garam dahulu tidak akan diketepikan. Namun aku tidak menolak kekerasan perlu dalam mendidik mereka. Tapi bagiku kekerasan dan paksaan perlu disulami dengan kelembutan dan tetapi penuh hikmah. Ini bermakna jika sudah ada guru yang tegas, perlu ada guru yang sedikit berlembut dengan pelajar. Jauh aku bermonolok sendirian.
Kecerian dan hilai tawa yang sederhana kedengaran di bahagian depan bas. Di sekitarku juga tidak terkecuali. Namun mereka masih menjaga adab-adab mereka sebagai seorang pelajar. Sekadar menceriakan suasana. Mulanya perjalanan ini terasa bosannya. Tetapi beberapa ketika kemudian pelajar mula berborak dengan ku Aku yang sememangnya suka berbual-bual mula melayan persoalan dan pertanyaan mereka.
Kami melalui jalan persisiran pantai untuk ke Kuala Terengganu. Bermula dari Bachok, Tok Bali seterusnya masuk ke Terengganu melalui Kuala Besut. Perjalanan persisiran pantai terengganu semenanganya indah. Namun aku tidak tahan menahan kantukku. Kadang-kadang aku terlelap dalam lilauan mataku. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Mu di negaraku. Sebelum ini aku pernah ke Terengganu. Pertama ke Tasik Kenyir tahun 1996. Kali kedua rombongan Badan Dakwah MTAQ PC tahun 1998 kalau tidak silap ingatanku.
Perlahan rasanya pergerakan bas persiaran . Aku mula rasa rimas. Terasa bahang menyengat dalam desiran pendingin hawa yang suram bertiup perlahan. Bila terasa bosan kadang-kadang aku terlelap. Namun tidak lama kadang-kadang aku terjaga dengan hawa didalam bas yang semakin terasa panasnya.
Jam 12.45 tengah hari, rombongan kami sampai di distinasi pertama, Institut Al-Quran Terengganu (IQT). Mata mula melilau melihat prasarana bangunan dan persekitaran IQT. Bangunan pentadbiran, masjid dan beberapa bangunan yang baru siap dibina tahun lepas. Masih baru, tetapi masih ada bangunan lama yang dijadikan kelas pengajian. Pastinya mengagumkan semua pelajarku yang mula membandingkan dengan sekolah kami. Juah benar bezanya. InsyaAllah prasarana MTAQA juga akan bertambah untuk menampung pelajar yang semakin bertambah. Teringat semasa aku mula menjejakkan kaki ke MTAQ PC tahun 2005. Ketika itu sudah mempunyai 4 bangunan, satu blok sekolah dan pentadbiran, dua blok asrama dan maktabah serta asrama namun jalan masih tidak berturap. Tapi ketika aku daftar untuk sesi pengajian 2005/2006 jalan itu sudah berturap. Biasalah sekolah bawah kerajaan negeri. Bukannya sekolah kerajaan pusat yang mementingkan prasarana yang keterlaluan tetapi untuk meningkatkan taraf keilmuan jauh sekali.
Kami disambut dengan penuh mesra dan ramah. Seterusnya dibawa melawat sekitar IQT sebelum memasuki Dewan Ibnu Mas'ud untuk sesi ramah mesra. Sesi ramah mesra berjalan kaku. Terasa sedikit kemeriahan disebalik kesuraman pengerusi dan alu-aluan daripada timbalan pengarah. Mungkin rasanya penerangan tentang IQT yang tidak mencapai apa yang di kehendaki. Hanya satu soalan yang ditanya oleh pelajar Ahmad Syahir Zulkarnain. Selesai majlis rasmi ramah mesra kami dihidangkan makanan tengah hari. Nasi ayam terengganu. Boleh tahan.
"Macam mana nasi tadi?" Aku bertanya salah seorang pelajar.
"Sedap sungguh"
"Lebih sedap dari nasi mokku su(kantin sekolah), ustaz" Sampuk pelajarku yang lain sambil ketawa. Pelajar lain disekelilingku mula tersenyum. Aku juga menguntum senyuman memahami maksud mereka.
Selepas solat jama' gasar zohor dan asar, kami bertolak meninggalkan perkarangan IQT menuju ke Taman Tamadun Islam. Sampai tepat jam 2.45. Masa diperuntukkan hanya satu jam memandangkan kami perlu berada di Darul Quran selepas solat asar.
Posted at 07:33 pm by abdullah_azzam