/*

Mukhayyam Qurani 2009 « .::abdullah_azZam::.
 
Photobucket
 
Click for Kota Bharu, Malaysia Forecast
 
Click for Cairo, Egypt Forecast


Apr 19, 2009
Mukhayyam Qurani 2009

Hari Pertama 23 Rabiul Akhir 1430 / 19 April 2009

Setelah solat subuh dan baca surah yasin, pelajar MTAQA mula bersiap memulakan misi hari ini. Mukhayyam Qurani 2009

7.30 am :

Semua pelajar telah berkumpul dihadapan sekolah mengikut kumpulan. Mengambil setiap barang-barang yang dikhususkan untuk kumpulan masing-masing. Walaubagaimana pun masih ada yang terkejar kesana kemari kerana tertinggal sesuatu. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Aku tahu meraka terpaksa. Kalau lewat atau tertinggal apa-apa, pasti mereka akan dimarahi dan di denda. Aku masih menyiapkan beberapa tugasan yang masih berbaki untuk disiapkan.

8.00 am :

Tiga buah bas tiba berhampiran pintu masuk MTAQA. Selang beberpa minit kemudian pelajar diarahkan memasukkan barang-barang ke perut bas.Aku masih dengan kerjaku yang masih belum siap. Aku sekadar mengintai melalui tingkap cermin. Aku akan membuntuti pergi dengan kereta memandangkan aku terpaksa mencari beberapa peralatan yang belum ada.

8.30 am :

Bas mula bergerak.

9.30 am :

Baru aku bertolak menuju Kem Jeram Mengaji, Selising. Pertengahan jalan aku berhenti beberapa tempat menyelesaikan beberapa perkara.

12.00 pm :

Aku tiba di Kem Jeram Mengaji (KJM). Khemah siap terpasang. Tunggu makan atau mandi sahaja. Selepas parking kerata cute aku di satu sudut yang redup, aku menghampiri khemah urus setia.

" Mana airnya? " tanya encik Azri.

" Tu..." Jawabku sambil menjuih mulut kearah air mineral di bawah khemah urus setia. Aku tersengih.

"Bukan laa... air batu!!! dahaga bangat ni... letih pasang khemah". Balasnya lagi. Aku tersengih lagi. Aku sengaja nak menyakatnya tadi. Aku mula memusingkan badan menuju ke bonet kereta. Sebenarnya aku telah membelinya dalam perjalanan tadi, cuma lupa nak bawa turun.

Beberapa detik kemudian pelajar dibenarkan mandi dahulu sebelum makan. Apa lagi, gembira bangat budak-budak tu. Aku bersama-sama saing-saing mengikuti mereka dengan niat untuk mengawasi sahaja.

"Ceteknya air" laung serorang pelajar. " Biasalah!!! selamat untuk kanak-kanak pelajar tingkatan satu hingga tiga ". Jelas Encik Abdul Aziz. " Sebab tu suruh Encik Imad turun duhulu " Seloroh encik Hasyimi pula dituju kepada Encik Imad yang berbadan sedikit besar dan gempal. Hilai tawa kedengeran dari beberapa sudut, guru dan pelajar. Kemesraan antara kami yang berada di bawah satu bumbung jelas kelihatan. Tiada yang terasa hati dengan sedikit gurauan kemesraan. Aku hanya tersenyum. Aku mengorak langkah menongkah arus alur air lata. kelihatan pelabagai ragam pelajar mandi dengan air yang cetek. Aku tidak mandi memandangkan aku baru sampai dan badan terasa masih panas.

" Jangan mandi lagi!!! tunggu tubuh sejuk dulu " Laung ayahku. Kakiku terhenti. Sungai di depanku hannya 30 meter sahaja lagi. Aku memusingkan badan pulang ke bangsal semula.

Aku teringat masa kecilku...


Photobucket

Posted at 03:39 pm by abdullah_azzam

malaysia web design
July 2, 2009   07:43 AM PDT
 
NAK PERGI LAWATAN APE NI
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
 


Pena yang ada...

Image hosted by Photobucket.com

mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujaun mardhatillah
 
Kelantan Malaysia
    Tanta, Garbia

  • lihat...perhati...komen...
  • tegur dengan ikhlas harap perubahan hanya kerana Allah



  •    





     
    << April 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30


    SYAHADAH


    jalan-jalan tafakkur kebesaran Yang Maha Agung


    entah lah dunia ini memang susah untuk ku lalui dan harunginya....memang susah dalam mencari apa yang dikehendaki??? ahhh......aku terpaku keseorangan dalam mengharunginya.....tapi ingat lahhh...Allah yang maha Pangasih akan terus menolong hambanya..................tapi....sedarlah insannnn>

    I'mhttp://azzam.blogdrive.com/" target=_blank> abdullah_azZam
    My Friends' Blog:
    Hakimi(tonto)
    Marzuki
    Hapis Mohd
    Kadaer
    Nazrah
    Amiza Khusyri
    Khazinatul Asrar
    Nick use_ry


    Click for Tanta, Egypt Forecast



    Keredaan-Mu IN-TEAM



     





     
    Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed