/*

.::abdullah_azZam::.
 
Photobucket
 
Click for Kota Bharu, Malaysia Forecast
 
Click for Cairo, Egypt Forecast


May 29, 2008
Cerita Menarik Boleh Buat Movie kot....

Tengah aku belek dan selak http://www.tranungkite.net, aku terjumpa satu drama yang menarik dan sesuai rasanya dikongsi bersama. Nak pecah perut pun ada rasanya. Sebuah drama yang mengambil masa bertahun untuk disiapkan dan sekarang pembikinan drama masih di terusakan.....

Ceritanya begini

Sebenarnya pemimpin2 Umno tak pernah berpecah. Yang berpecah pembangkang jer.

1)Selepas kejatuhan ekonomi tahun 1997, pemimpin2 tertinggi Umno telah mengadakan satu Grand Design secara sulit untuk memulihkan dan menaikkan balik ekonomi Malaysia dengan mengadakan lakonan secara sulit dan terancang secara rapi untuk jangkamasa hayat perjuangan Umno dan Melayu 50 tahun akan datang.

2)Tujuan lakonan ini terutamanya yg melibatkan Mahathir, Anwar, Pak Lah, Najib, BTN, Mageran, Polis, ATM dan beberapa pemimpin Badan Tertinggi Melayu yang lain ialah untuk memulihkan ekonomi Malaysia, mengadakan reform dalam Umno untuk menghalang rasuah dan seterusnya meminggirkan kaum Cina dan India dari politik dan ekonomi Malaysia.

3)Anwar telah buat2 berlakon dan digambarkan kepada rakyat Malaysia dan dunia sebagai pemimpin yg 'tertindas' akibat drpd daripada 'fitnah' liwat oleh Dr.M dengan mengadakan lakonan reformasi, menghasut demonstrasi jalanan, ditangkap di penjara, dipukul oleh Rahim Noor, kena arsenik, slip disc dsbnya untuk menggambarkan Anwar sebagai "Hero yang tertindas " di mata dunia. Malaysia pada ketika itu amat memerlukan sumber kewangan untuk memulihkan ekonomi negara kerana Malaysia tidak hendak bantuan IMF. Oleh krn cerita 'fitnah' ini Anwar telah berjaya mendapat simpati drpd dunia Islam dan berkelilinglah Anwar ke negara2 Arab dan Brunei untuk mendapatkan bantuan kewangan. Bantuan2 ini disalurkan melalui korporat2 Melayu dengan cara melobi projek2 di Arab. Sebenarnya sehingga skrg kontrak2 berbillion2 yg diperolehi oleh Syed Mokhtar Albukhary, UEM, GLC adalah hasil recommendation dan lobi yg dibuat oleh Anwar di luar negara!

4)Anwar dengan 'lakonannya' yg tanpa diketahui oleh sesiapa pun dari kalangan pemimpin2 PKR yg lain even Dr.Wan Azizah, Azmin, Ezam, Saifudin dll telah menubuhkan PKR konon untuk berjuang membela nasib penduduk berbilang kaum di Malaysia. Tujuan PKR dibuat ialah untuk mendivert sokongan kaum Cina dan India drpd BN kepada PKR dan DAP dan seterusnya membuang kaum Cina dan India dari kjaan. Lakonan ini berjalan dengan jayanya dan lihatlah tiada lagi menteri2 cina dalam kabinet setelah MCA, Gerakan, MIC kalah dalam pru ke-12 baru2 ini akibat tertipu dengan janji2 manis anwar kpd kaum Cina jika PKR membentuk kjaan.

5)Mahathir terlalu banyak berlakon dan digantikan pulak dengan Pak Lah utk lakonan seterusnya utk mereformkan Umno. Maka baru2 ni Mahathir dan Pak Lah telah berjumpa di Tokyo untuk merancangkan skrip baru mereka. Pertemuan sulit antara org Mahathir, Anwar, Daim, Pak Lah dan Najib dengan Ezam telah diadakan di London untuk menceritakan yg pergaduhan antara Mahathir, Anwar dan Pak Lah hanya lakonan semata2 demi menyelamatkan Melayu dan Islam dan Ezam di minta masuk balik ke dalam Umno untuk mereformkan Umno dari dalam, membersihkan rasuah krn melihat bakat dan potensi yg ada pada Ezam sebagai gandingan kpd Mukhriz, KJ sebagai generasi baru Umno.

6.Ezam telah faham maksud grand design untuk menyingkirkan kaum cina/india dari politik dan ekonomi malaysia telah bersetuju untuk menyertai Umno semula atas nasihat Anwar.

7.Reformasi dalam Umno akan diadakan dengan membersihkan Umno dari penyelewengan dan rasuah.

8.Setelah Umno bersih dari rasuah dan berjaya menipu dunia dan rakyat Malaysia PKR akan dibubarkan dan anwar akan masuk balik Umno dan menjadi PM.

10.Anwar akan mengusahakan pertemuaan antara Pas-Umno untuk penyatuan Melayu.Tuntutan Pas akan dipenuhi.

11.Kaum Cina akan disingkirkan dari politik dan ekonomi Malaysia sehingga mereka lari dari sini.

oleh:habaqmai
dipetik dari url ini:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=16106#429676

Posted at 07:15 am by abdullah_azzam
Make a comment  




May 24, 2008
kenyataan yang berbeza


Selaku warganegara di sebuah negara yang maju, sudah semestinya aku akan menggunakan kenderean yang menggunakan minyak sebagai bahan apa utamanya. Namun khabar yang sedap didengar hanya oleh sesetengah pihak sahaja, amat merunsingkan diriku.

Aku pasti ramai yang berdebar-debar menanti keputusan yang bakal di umumkan oleh bakal Perdana Menteri Malaysia. Tahniah dan kalungan bunga buat pengundi yang bertukus lumus untuk memenangkan mejoriti mudah. Terimalah... harga minyak bakal naik. Terima kasih
segalanya, anda bakal menerima hadiah yang cukuo menarik ini.

Kerajaan akan kaji semula subsidi minyak - Najib
24/05/2008 3:15pm

PEKAN 24 Mei — Kerajaan akan mengkaji semula dan membincangkan dengan terperinci skim subsidi minyak ekoran kenaikan mendadak harga komoditi bahan itu di pasaran dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi pada Selasa yang akan dipengerusikannya berikutan ketiadaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berada di luar negara untuk tugasan rasmi.

"Bila harga minyak naik begitu tinggi sekali, kita mahu tidak mahu, kita tidak ada pilihan melainkan untuk melihat pada skim subsidi itu dikaji semula.

"Ini supaya beban subsidi itu dapat dikurangkan kerana kita sudah sampai pada keadaan di mana jumlah subsidi tiap-tiap tahun untuk bahan minyak, gas dan keperluan lain sudah pun melebihi jumlah yang kita belanja untuk pembangunan setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Khatam Al-Quran, Berkhatan dan Bertindik di Sekolah Kebangsaan Sri Maulana di sini, hari ini.

Harga minyak mentah dunia melonjak kepada AS$138 setong semalam.

sumber
www.utusan.com.my



Kerajaan belum menaikkan harga minyak walaupun Indonesia naikkan harga 30 peratus
24/05/2008 6:41pm

MELAKA 24 Mei — Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga minyak petrol atau diesel di peringkat runcit pada masa ini walaupun negara jiran Indonesia menaikan harga minyak sebanyak 30 peratus bermula hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebaliknya beliau berkata, tumpuan kerajaan pada masa kini adalah menguruskan sistem subsidi untuk mengelakkan ketirisan dan penyeludupan.

"Buat masa ini tak ada pertimbangan soal kenaikan harga minyak petrol dan diesel, kita sedar akan impak kenaikan harga minyak mentah dunia ketika ini.

"Kita lihat pada masa ini bagaimana sistem subsidi (minyak) itu terurus supaya digalakkan penjimatan dan tidak ada kesan sampingan buruk yang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Forum dan Dialog Kepenggunaan Bersama Menteri di Ayer Keroh di sini hari ini. - Bernama

sumber
www.utusan.com.my








Posted at 10:59 pm by abdullah_azzam
Make a comment  

oh Pulau Batu Puteh

Pulau Batu Puteh. Sedih, terharu, marah dan segala-galanya bercampur gaul. Susah juga untuk menerima keputusan ini. Tapi lebih menyedihkan, ada yang mengatakan "keputusan menang-menang". Ada ke patut boleh ucap sedemikian. Naik luluh jantungku selaku warganegara Malaysia walaupun bukan warga Johor.


Seolah-olah menang sorak kampung tergadai. Masih boleh bersedap dengan keputusan yang  dilihat menghilangkan kedaulatan  negara yang telah banyak dihakis kebelakangan ini.

Ya Allah ... selamatkanlah Negara ku yang tercinta, janganlah kau gadaikan tanah airku kepada makhluk yang tidak tunduk kepada MU.



ICJ putuskan Pulau Batu Puteh milik Singapura
Harakahdaily
Fri | May 23, 08 | 7:00:17 pm MYT

THE HAGUE, 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.

Mahkamah itu juga, menurut laporan Bernama, menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatin adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah.

Penghakiman itu menamatkan pertikaian selama 28 tahun antara Malaysia dan Singapura berhubung pulau itu, yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, dan juga dua terumbu karang itu.

Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Kedua-dua negara telah memberi jaminan akan akur dengan keputusan ICJ, badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

Malaysia dan Singapura juga berulang kali menyatakan bahawa apa sahaja keputusan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala.

Penghakiman itu dibacakan oleh Naib Presiden ICJ Shawkat Al-Khasawneh, yang bersama dengan 15 hakim lain, telah mendengar penghujahan dari kedua-dua negara pada perbicaraan kes itu dari 6 hingga 23 Nov tahun lepas.

Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1 mulai 10 pagi di sini (4 petang di Malaysia).

Menteri Luar Dato' Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu di sini menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang".

petikan dari Harakahdaily.net




Batu Puteh hak Singapura

Daripada Khirul Bahri Basaruddin di The Haque, Belanda




Penghakiman setebal 81 halaman putuskan Batuan Tengah milik Malaysia

THE HAQUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam memutuskan Singapura mempunyai hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.

Bagaimanapun, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.


Penghakiman setebal 81 halaman itu yang dibacakan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, selama kira-kira sejam 45 minit mulai 10 pagi itu, (4 petang waktu Malaysia), menamatkan pertikaian lebih 28 tahun oleh kedua-dua negara ke atas muka bumi itu.

Dalam keputusan berhubung Pulau Batu Puteh yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, 12 hakim memihak kepada Singapura manakala empat Malaysia, Batuan Tengah (15-1). Bagi Tubir Selatan ICJ mengundi 15-1, ia hak negara yang memiliki perairannya.

Mereka mengiktiraf tuntutan Kesultanan Johor terhadap hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh serta dua lagi, tetapi mengambil kira bahawa lebih 100 tahun Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu.

Hakim, Awn Shawkat Al-Khasawneh

Selain itu, surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh, dianggap mahkamah sebagai pengakuan penyerahan kedaulatan pulau berkenaan kepada republik itu.

Keputusan ICJ yang juga badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua negara serta tidak boleh dirayu lagi. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu, menyifatkan keputusan berkenaan sebagai menang-menang kerana Singapura tidak memperoleh semua yang dituntut, sebaliknya Malaysia diberi hak kedaulatan ke atas Batuan Tengah.

Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk kedua-dua negara bagi mengkaji hasil keputusan itu akan memulakan segera mesyuarat untuk mencari kaedah penyelesaian kedudukan Tubir Selatan, yang tidak diputuskan pemiliknya dalam penghakiman berkenaan.

BEBERAPA pelanggan di sebuah kedai makan di Chow Kit tidak ketinggalan mengikuti siaran langsung keputusan penghakiman Pulau Batu Putih yang dibawakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Siaran langsung ini disiarkan mulai pukul 4 petang, semalam.

ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh pada 6 November 2007. Dokumen ratifikasi perjanjian khas untuk memeterai persetujuan kedua-dua negara membawa dan menerima sebarang keputusan ICJ berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu ditandatangani Malaysia dan Singapura pada 6 Februari 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ini kali kedua ICJ membuat keputusan berhubung tuntutan wilayah bertindih membabitkan Malaysia. Pada Disember 2002, ICJ memutuskan Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di pantai Sabah, yang turut dituntut Indonesia.

Dalam menolak tuntutan Singapura ke atas Batuan Tengah, Awn Shawkat berkata, 15 hakim mendapati hak milik asal Batuan Tengah perlu dikekal kepada Malaysia sebagai pengganti Kesultanan Johor.

Beliau berkata, mahkamah tidak menerima tuntutan Singapura berhubung negara yang memiliki kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, sekali gus mempunyai hak yang sama ke atas Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Berhubung Pulau Batu Puteh, mahkamah menerima hujah Malaysia bahawa Kesultanan Johor mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan bermula sebelum 1800 hingga 1840 dan melalui surat pegawai kanan kerajaan Johor hak itu diserahkan kepada kerajaan British Singapura pada 1953.

"Mahkamah memutuskan Kesultanan Johor mempunyai hak milik asal ke atas Pulau Batu Puteh dan hak itu disokong serta disahkan melalui tindakan Sultan Johor mengambil tindakan ke atas Orang Laut yang tinggal di kepulauan di Selat Singapura termasuk Pulau Batu Puteh serta menjadi kawasan marin itu tempat penginapan mereka," katanya.

Katanya, hak kedaulatan pulau berkenaan terus berada di bawah Kesultanan Johor melalui perjanjian British-Belanda 1824, Triti Crawfurd 1824 dan apabila Sultan Johor bersetuju menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur (EIC).

Mengenai kedudukan perundangan ke atas pulau itu selepas 1840, Awn Shawkat berkata, mahkamah menimbang fakta yang berkaitan, terutama mengenai kegiatan atau tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam tempoh itu.

"Kami meneliti kejadian yang berlaku dalam tempoh itu seperti proses pembinaan rumah api dan kegiatan yang berlaku pada 1852-1952, iaitu pengenalan peraturan mengenai rumah api serta sistem lampu selat, perkembangan perlembagaan Malaysia dan Singapura serta peraturan perikanan Johor pada 1860 tetapi semuanya tidak dapat membantu memuktamadkan kes di depan mahkamah ini.

"Bagaimanapun, mahkamah mengambil kira surat Penolong Setiausaha Kerajaan Johor dan mentafsirkan sebagai satu yang amat penting untuk menentukan persefahaman perkembangan kedua-dua pihak berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh.

"Justeru mahkamah mendapati surat jawapan Johor itu menunjukkan sejak 1953 lagi negeri itu sedar ia tidak lagi mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan," katanya.

Awn Shawkat berkata, mahkamah akhirnya meneliti tindakan atau kegiatan yang dilakukan kedua-dua pihak selepas 1953 dan membuat kesimpulan tindakan tertentu seperti penyiasatan Singapura berhubung kapal karam dalam perairannya, permohonan kebenaran pegawai Malaysia membuat kerja ukur di perairan pulau itu, sebagai tindak-tanduk melaksanakan hak kedaulatan.

Selain itu, katanya, mahkamah menimbang tindakan pihak lain yang menyokong tuntutan Singapura seperti tindakan Malaysia mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan bendera di Pulau Batu Puteh, pemasangan alat komunikasi tentera pada 1977, cadangan kerja penambakan laut, penerbitan tertentu serta peta.

Berdasarkan fakta itu, katanya, mahkamah memutuskan bahawa Singapura sudah mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sejak 1980, iaitu tarikh pertikaian kes itu bermula.

INFO: Pulau Batu Puteh

  • Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak itu terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura.

  • Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh.

  • Jarak di antara Batuan Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 kilometer manakala Tubir Selatan dengan Pulau Batu Puteh kira-kira empat kilometer.

  • Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

  • ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap pulau itu pada 6 November 2007.

  • Delegasi Malaysia terdiri daripada ejen, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa dan wakil kerajaan Johor, Datuk Hamsan Saringat.

  • Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menterinya, S Jayakumar; Ketua Hakim Negara, Chan Sek Keong; Peguam Negara, Chao Hick Tin dan ejennya, Prof Tommy Koh.

  • sumber
    Berita Harian



    Pemimpin Umno Minta Rakyat Terima Kesilapan Pemimpin

    Debaran sudah berakhir dan kini sahlah Pulau Batu Puteh menjadi milik kedaulatan kerajaan dan rakyat Singapura. Satu keputusan yang diminta oleh pemimpin Umno supaya tidak dipertikaikan.

    Sebagai rakyat negeri Johor kita pastinya kecewa, sedih dan bengang dengan sikap pemimpin-pemimpin terdahulu dan sekarang ini yang masih lagi tidak sedar dengan kesilapan lampau.

    Bicaralah apa sahaja, apapun rakyat tentunya sedih dan kecewa kerana walau apa jua asas undang-undang antarabangsa yang digunakan oleh ICJ, dari segi nilai sejarah, kedaulatan dan moralnya kita sudah kehilangan sebahagian daripada wilayah kedaulatan negeri Johor dan negara Malaysia.

    ICJ yang bersidang di The Hague, Belanda melalui pengundian 12-4 yang berpihak kepada Singapura menetapkan bahawa negara jiran itu mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 diberikan hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.

    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim berkata, tuntutan terhadap pulau itu yang memakan masa yang lama kini sudah dianggap selesai dan kini kedua-dua negara perlu berbincang kaedah untuk membangunkan kawasan tersebut.

    Persoalannya sekarang inikah sikap kita yang matang dalam mengurus negeri dan negara, kita bukannya hendak membangkitkan apa-apa jua sentimen yang menghasut tetapi cukuplah kita mengerti dan belajar dari kesilapan lantaran rakyat yang masih lagi percaya dengan kurafat hanya Umno sahaja yang mampu memerintah dan mentadbir.

    Ironinya, keputusan ICJ itu sudahpun menggambarkan negara kita sangat mudah diperdayakan oleh pemimpin yang beretorik betul dalam semua hal walhal mereka semua memakai topeng badut kononnya menghiburkan rakyat yang rupanya membodohkan rakyat dengan mimik palsu pelakon upahan.

    Sebagai rakyat Malaysia kita cuba diajar untuk menghormati apapun keputusan mahkamah sedangkan pemimpin cuba mengajar rakyat hidup dalam kepalsuan lakonan si tukang karut.

    Dalam penghakiman kes tuntutan ini yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

    Pulau Batu Puteh, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

    Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

    Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Puteh bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

    Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

    Kes tersebut berlarutan hampir 28 tahun, sehinggakan rakyat Johor sendiri semacam dipaksa untuk mengadakan solat hajat untuk memohon kemenangan kes tuntutan Pulau Batu Puteh.

    Rakyat yang sudah lama diajar oleh pemimpin Umno untuk memisahkan agama dengan politik mendapat reaksi dan respon yang hambar dari rakyat lantaran tidak faham agama dan siasah. Jadinya tidaklah pelik solat hajat yang diadakan setiap kali selepas Solat Jumaat di masjid-masjid seluruh Johor semacam diboikot oleh rakyat.

    Kini perhatian kita beralih pula kepada projek mega Pak Lah yang dinamakan 'Iskandar Malaysia' yang dicurigai bakal dileburkan juga kepada negara jiran Singapura yang sekarang ini sangat terdesak untuk melebarkan pulau Singapura yang semakin padat dengan rakyat dan pembangunan. Pastinya Singapura tidak akan melepaskan peluang selaku opurtunis dengan pemimpin Umno sendiri lebih mementingkan diri sendiri untuk mengaut kekayaan negara kerana apa yang mereka fikirkan bukannya rakyat tetapi mereka lebih mementingkan tembolok mereka dan anak cucu cicit mereka....

    Selamatkan Johor dan Malaysia....

    Pulau Batu Puteh milik Singapura

    Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.

    Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

    pulau batu puteh putih the hague icj judgement court 230508 01RTM telah menyiarkan secara langsung pengumuman penghakiman tersebut dari Hague mulai jam 4 petang ini.

    Penghakiman tersebut diumumkan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh. Beliau mengambil masa hampir dua jam untuk membaca keputusan tersebut.

    Pulau Batu Puteh, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

    Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura.

    Bagi Terumbu Karang Tengah pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak kepada Malaysia. Begitu juga Terumbu Karang Selatan. Begitu juga dengan Terumbu Karang Selatan.

    Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu di Hague, menyifatkan keputusan itu sebagai "menang-menang". 

    Fakta sejarah dan perundangan

    Bernama memetik Rais dalam temubual yang disiar secara langsung oleh RTM1, sebagai berkata, walaupun kedaulatan Pulau Batu Puteh berpihak kepada republik itu, namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia.

    "Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak...pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran
    dan lain-lain hal berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Puteh.   

    pulau batu putih pulau batu puteh 230508"Mahkamah memutuskan untuk memberi kedaulatan kepada republik Singapura, tapi pada masa yang sama...ini penting...Pulau Middle Rocks adalah diberi milik kedaulatan kepada Malaysia. Dan ini merupakan satu kemenangan kepada Malaysia jua," katanya.   

    Mengenai Terumbu Karang Selatan yang juga dikenali South Ledge, Rais berkata, mahkamah menentukan bahawa kedaulatannya tertakluk kepada persempadanan perairan yang dimiliki oleh sesebuah negara.

    "Ia mungkin nanti merupakan satu isu yang harus disusul bersama oleh Singapura dan Malaysia menentukan tahap serta status kedaulatan kepulauan tersebut," kata Rais.

    Beliau berkata, kedua-dua pihak sedang mengkaji alasan yang diberi oleh mahkamah berkaitan keputusan yang diumumkan hari ini.  

    Tubuh jawatankuasa

    "Jadi kesimpulannya pada pagi ini dalam keadaan win-win situation inilah ita dapat menentukan kedaulatan atas kedua-dua tuntutan berkenaan," katanya.  

    middle rock island 230508 Rais berkata, susulan keputusan ini, kedua-dua pihak akan mewujudkan jawatankuasa dan perkara selanjutnya akan diumumkan melalui jawatankuasa berkenaan. 

    Beliau berkata alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun
    penyeliaan atas Pulau Batu Puteh.   

    "Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura," katanya.south ledge island 230508 low tide

    Rais berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu. 

    "Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan. 

    "Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia," katanya


    Sumber : Jundullah
    www.pasjohorbahru.com

    Posted at 11:14 am by abdullah_azzam
     




    May 14, 2008
    Translation:

    Translation:

    Marwan Khoury:
    You, you are still beautiful and even more than before
    There is no coincidence better than this one
    And my heart always wanted to meet you again
    Tell me, how are you?

    Carole Samaha:
    You, you are still the same, you haven't changed
    Confusing my heart while you're still confused
    And you're heart is still like a little child
    Assure me, how are you?

    Marwan Khoury & Carole Samaha:
    Let's remember our old paths and the passion touch us again
    Why did we become so distant?
    And how could we forget those dreams?
    Oh night which is still waiting for us, the days are separating us

    Marwan Khoury:
    Oh God, let our days together last
    And always the love between us bring us together
    Oh God let it last, oh God let it last

    Marwan Khoury & Carole Samaha:
    Oh God, if we could bring back the love that existed
    And make it even better than it was in the past
    Oh God if we could go back, Oh God if we could go back

    Marwan Khoury:
    I love you, I love your eyes when they talk
    And the way they are drawing that smile
    Always stay with me
    Then we'll own the whole world

    Carole Samaha:
    I love you, you're yesterday, today and tomorrow
    You have no idea how much I miss you
    It's hard in my life for you to ever be a memory
    You who is more precious than the world


    Posted at 07:38 am by abdullah_azzam
    Comments (3)  




    Apr 23, 2008
    angka 4 hari ini

    Pukul 4 petang aku buka cuaca suhu kaherah...

    suhu semasa (4 petang)
    104 F
    40 C

    Sejuk juga tu...tak terkeluar rumah ku hari ini... Patut lah tak terasa bahangnya


    Posted at 02:12 am by abdullah_azzam
    Make a comment  




    Apr 18, 2008
    Jalan-jalan ke rumah Abe Wee

    rumah abe we. wida' Bergambar sebelum balik sambil wida'cry

    Photobucket Posing setelah kenyang Surprise

     

    Photobucket Posing setelah kenyang Shocked

     

    Photobucket

    Kuningnya... anak sapa la ni Angel


    Photobucket

    Taufiq, Abdullah dan Faiz... merasai keemputan kerusi rumah sewa harga USD 1100 = LE 5940. Shocked

    Photobucket

    Maaf Us Min... minta izin masuk gambar...Big Smile

    Photobucket

    Menu soto, pulut kuning dan rendang. Aku tak pernah la rasa soto ni. Darat ke aku ni?. eh tak lah.... jenis makanan ni tak de kat kelantan.. hahahWink

    Photobucket

    Bergedil... bunyi macam Cengal Bedil je (nama kampung di Jeli) . Menu nak buatnya dah ambil dengan Kak Zah. Mudah je menanti nak buat je... tunggu!Shades

    Photobucket

    Ahli Bait baru ku... Taufiq dan Hamidi. Ralit benar diorang makan tu, sampai tak perasan Al Hafiz ambil gambar curi ni. Tak sempat nak control...Hurmph

    Photobucket Kereta Afiq anak abe wee...umur baru 4 tahun dah ada kereta...Shades

    Posted at 02:34 am by abdullah_azzam
    Make a comment  




    Apr 17, 2008
    Hari ini

    "Je!!! banguuun, dah subuh." Taufiq mengejutkan aku dari lena mimpi.  Dalam kepayahan untuk mencelikkan mata, aku gagahi jua mengerling kearah jam meja ku. 430 pagi. Sudah 40 minit subuh menjengah. 

    "ahhh.... ngantuknya." Semalam aku cuba tidur dalam pukul 11.00 malam tapi kenapalah mataku payah sangat nak lelap. Puas aku berkhayal. Habis semua impian aku redahi namun entah jam berapa aku terlelap semalam. Alhamdulillah terjenara juga aku.

    Malas rasanya nak bangun, tapi aku paksa diriku untuk menunaikan solat hanya dua rakaat sahaja. Namun ramaikah yang mampu menunaikannya tepat pada waktunya. Aku rasa tidak ramai, tambah pula waktunya seawal 3.53 pagi. Selesai dua rakaat tersebut, aku terus merebahkan tubuhku kembali diatas tilam yang kurang empuk. Hasrat Semalam untuk tadarus juzuk 7 pagi ini tergendala dan diteruskan dalam mimpi yang kurang enak.

    Jam 8.00 pagi aku tersedar. Itu pun kerana Hamidi yang masuk ke bilikku sambil memekak di pagi yang nyaman penghujung musim bunga. Tanpa bertapa lebih lama dalam selimut nipisku, aku terus mencapai tuala kuning pemberian anak buahku  menuju ke bilik air. Air terasa masih sejuk. Berfikir dua kali juga ingin mandi atau sekadar membasahi kepala sahaja. Sambil termenung aku gagahi juga untuk mandi memandangkan selepas zohor nanti ada jemputan.

    Selesai bertapa di bilik air, aku bersiap untuk meneruskan aganda pertama aku hari ini. Jawazat. Ya tempat yang disukai oleh semua pelajar malaysia di bumi tanta untuk menjejak kaki sekurang-kurangnya sekali setahun. Jawazat Gharbiyyah tersohor dengan slogan ramah, mesra dan cepat. Tapi, itu setahun yang lalu. sekarang slogan itu masih sama, cuma cepat ditukar kepada lambat amat. Setakat ini masih ramai pelajar yang tidak mendapat visa pelajar. Padahal sesi pengajian sesi 2007/2008  hampir melabuhkan tirai hanya menunggu peperiksaan fasa kedua(akhir).

    jeng,jeng jeng jeeeeeeeeeeeeeeeeng... sambut semula nok semaye zohor... aha


    Posted at 02:58 pm by abdullah_azzam
    Make a comment  




    Sep 16, 2007
    salam Ramadhan

    Assalamualaikum....

    dengan kesuktukan waktu dan ongkos ke cc daku gagahi ua untuk menulis di kantung blag yang dah lama tak terisi.

    sudah masuk hari keempat ummat islam di malaysia melalui bulan yang penuh berkat, bulan ramadhan.

    Genap seminggu hari ini aku berada di bumi merdeka jubli emas malaysia yang tercinta.

    Tahun lepas aku dah berpuasa di bumi ini, begitu juga tahun ini, sykur ku kepada yang maha esa memberi ku peluang untuk ber Ramadhan bersama keluarga...

    ok lah .. selamat berpuasa kepada semua sahabat yang mengenali diri ini. Jutaan kemaafan juga di pohon. kesilapan semasa bermuamalat memang tidak dapat di elakkan.. maaf ye..

     

    ok lah selamt berpuasa kepada semua sahabat terutamanya di bumi mesir....


    Posted at 07:37 am by abdullah_azzam
    Make a comment  




    Jun 24, 2007
    Selamat

    Selamat Hari Lahir...

    SMS tepat jam 12 tengahmalam waktu Malaysia pertama aku terima daripada adik-adik ku di yang berada di tanah air.

    Jua itulah ucapan terawal aku terima tepat jam 12 tengah malam waktu Masir daripada adik-adikku di bumi  ambiya' ini.

    SMS juga banyak kuterima dr mereka....

    story tak abih sokmo .. sbb nok mayan gorib nuh.. ore  qamat

    Posted at 10:05 pm by abdullah_azzam
    Comment (1)  




    Jun 10, 2007
    Alhamdulillah...

    Alhamdulillah...

        Semalam hari terakhir peperiksaan semesta II tahun dua sesi 2006/07. Semesta ini aku terpaksa duduki 11 madah semuanya. Sembilan bertulis dan empat amali.  Keempat-empat amali tersebut adalah semalam. Penat juga. Apatah lagi penel amali tersebut adalah Dekan kuliah aku sendiri. Bertambah-tambah berdebar dan malu tak berapa boleh jawab.
    Angel

        Hari ini beberapa plan dan dirancang, tapi semuanya tak menjadi. Sebabnya aku terbuat plan baru selepas peperiksaan. Apalagi kalau bukan qada' tidur sebelum ni. Biar pun tidur memang tak pernah kurang sebenarnya.

        bye



    Posted at 05:15 pm by abdullah_azzam
    Comment (1)  




    Previous Page Next Page
     


    Pena yang ada...

    Image hosted by Photobucket.com

    mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujaun mardhatillah
     
    Kelantan Malaysia
        Tanta, Garbia

  • lihat...perhati...komen...
  • tegur dengan ikhlas harap perubahan hanya kerana Allah



  •    





     
    << November 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30


    SYAHADAH


    jalan-jalan tafakkur kebesaran Yang Maha Agung


    entah lah dunia ini memang susah untuk ku lalui dan harunginya....memang susah dalam mencari apa yang dikehendaki??? ahhh......aku terpaku keseorangan dalam mengharunginya.....tapi ingat lahhh...Allah yang maha Pangasih akan terus menolong hambanya..................tapi....sedarlah insannnn>

    I'mhttp://azzam.blogdrive.com/" target=_blank> abdullah_azZam
    My Friends' Blog:
    Hakimi(tonto)
    Marzuki
    Hapis Mohd
    Kadaer
    Nazrah
    Amiza Khusyri
    Khazinatul Asrar
    Nick use_ry


    Click for Tanta, Egypt Forecast



    Keredaan-Mu IN-TEAM



     





     
    Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed