dasdasdasdasdasd
|
Alhamdulillah hari ini masuk hari keempat aku berada di bumi Kelantan yang amat bertuah ini. Hari ke 5 aku berada dibumi minyak naik. Egyptair mendarat tepat jam 1026 malam di KLIA. Penerbangan MAS terakhir ke Kelantan pula tepat jam 1020 malam. Nampaknya kena bermalam di KLIA aku malam ni.
Aku orang terakhir keluar dari perut kapal terbang, memandangkan aku nak masukkan selimut dan angkat bagasi yang berat dalam 15 kilogram dari atas penyimpanan. Aku kejar abe Ros tapi tak sempat. Entah kemana lah dio tu. Terjumpa dengan budak baru setahun di Mesir. Namanya tak berapa ingat. Berbual-bual sekejap denganya, lepas tu dia entah kemana. Aku terus mencari musalla di tingkat 5 sambil mata melilau mencari abe Ros. Juga aku melilau-lilau melihat suasana di KLIA yang masih sibuk waktu menghampiri tengah malam begini. Mungkin juga di tingkat tiga sahaja yang menempatkan balai ketibaan. Tanganku masih memegang talifon bimbit sambil berbual dengan adik ku yang bertugas di Sabah. Aku menaiki lif dari tingkat tiga ke tingkat lima bangunan KLIA. Betul jangkaanku. Tingkat lima tidaklah sesibuk mana dan orang tidaklah ramai. Aku keluar dari lif menuju musalla yang biasa aku berehat disana. Sebelum berlepas ke Cairo atau ketika menunggu penerbangan ke Kota Bharu. Waktu begini di kaunter daftar masuk tidaklah sesibuk mana. Ramai juga pelancong asing yang menunggu daftar masuk bersama bagasi yang besar. Pun begitu kaunter belum dibuka. Aku menghayunkan kaki menuju musalla. Dari jauh aku melihat susuk tubuh yang serasanya aku kenal. Ya abe Ros. Abang Ros berada di depan musalla termenung keseorangan. Berdekatan dengannya kelihatan sekelompok akhawat yang sepenebangan denganku. Aku terus menuju kepadanya dengan senyuman yang menguntum. "Cepatnya keluar dari ketibaan antarabangsa!!!" Aku menjerit. "Eh...biasalaha" ujar Abe Ros. Wajahnya ceria amat. "Baru selesai talifon buah hati" ujarnya lagi. Patut lah aku lihat dia ceria semacam. Dia baru berkahwin tahun lepas seingatku. Isterinya sudah tamat pengajian. Dia pula tahun akhir tahun ni. InsyaAllah Najah. Doaku dalam hati. Lama tidak berbual-bual dengannya. Aku semamangnya mesra dengannya. Kami pernah bersama-sama menjadi kepimpinan persatuan anak kelantan di Mesir selama beberapa tahun. Selepas aku berpindah ke Tanta, kami jarang bertemu. "Jom makan!!!" ajak Abe Ros. Berbual-bual juga tapi perut juga mesti di isi. Sepanjang penerbangan selama lebih 11 jam dari Cairo - Bombay - Kuala Lumpur sekali sahaja kami dihidangkan dengan nasi. Itu pun ciput sahaja. Selepas sejam berlepas dari Cairo, kami dihidangkan sarapan pagi. Sekadar 4 biji kuih sebagai menu utama. Sampingan macam biasa, roti. Kuih entah apa-apa entah. Inti pun keju sedikit masam. Aku telan sahaja sebab ketika itu aku lapar amat. Aku makan tengah hari sahaja ditanta. Malamnya tidak langsung. Penerbanganku pukul 450am waktu Mesir. Bosan juga naik penerbangan Egyptair ni. Skrin persendirian tiada. Hanya skrin umum. Jadi, ikut dioranglah nak siarkan apa-apa pun. Kebanyakan iklan negaranya sahaja. Mesir atau Egypt. "Hemm" Aku sedikit mengeluh. |
| Leave a Comment: |