dasdasdasdasdasd
|
Alhamdulillah... syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih masih memberi pinjam kepada ku nafas dan semua nikmatNYa sehingga genap 25 tahun.
Usia diperingkat dewasa ini banyak mengajar erti kehidupan dan cabarannya. Cabaran terasa baru bermula tapi hakikatnya sudah menjangkau jubli perak. Tarikh lahirku kali ini disambut di negeri yang bertuan ini, Kelantan. Walaupun aku tidak berada di rumah hari ini, namun sms dan telefon dari adik-adikku yang berada di rumah Kemahang, Nilam Puri, Bangi dan Kota Kinabalu tidak putus-putus sejah tengah malam lagi. Macam biasa selain ucapan dan doa, minta untuk belanja hari jumaat ini juga tidak terkecuali. Adus... gaji belum masuk, nak belanja macam mana. Nilah orang kata, sudah bekerja tetapi masih minta belas ehsan dari orang tua. Malu juga. Lima tahun sebelum ini aku menyambutnya di perantauan. Selalunya disana aku belaja kawan-kawan je. Tu pun jika baget mencukupi. Kalau tidak, kek sebiji sahaja. Seingat aku sememngnya tak boleh nak mengelak dengan semua teman-teman atau adik-adik disana. Mereka sememangnya mengingati tarikh lahirku. Terima kasih semua sahabat, suka duka dikongsi bersama. Walaupun sekadar kek buat halawa, mereka menerimanya. Paham benar keadaan di perantauan tanpa biasiswa atau pinjaman. Hanya sekadar tanggungan penuh ibu bapa. Pagi tadi aku menyambung semula tugas ku yang ditangguhkan hampir tiga bulan. Terasa seronok juga menunaikan amanah ini walaupun ianya berat. Aku berjanji dengan mereka untuk kembali selepas selesai tugasku di sana. Alhamdulillah. Terasa janji ini tertunai. Namun aku tidak letakkan di kelas yang dulu, walaupun ada antara mereka meminta aku supaya berada di kelompok mereka. Aku akur di mana sahaja posisiku, asalkan aku berada dibumi pertama aku belajar menjalankan tugas ini. Terasa tenang berada di ruangan lingkungan bumi yang tidak seluas mana ini. sekadar sekangkang kera mungkin. Namun suka rasanya berada di sini. Selamat Hari Lahir |
| Leave a Comment: |